July 27, 2024

2 thoughts on “Awesome TV milik keluarga Dato’Ilyas Bekas Pengerusi Serba Dinamik jadi alat hentam kerajaan, operasi tanpa lesen wajar ditamatkan

  1. 娛樂城評價
    Player線上娛樂城遊戲指南與評測

    台灣最佳線上娛樂城遊戲的終極指南!我們提供專業評測,分析熱門老虎機、百家樂、棋牌及其他賭博遊戲。從遊戲規則、策略到選擇最佳娛樂城,我們全方位覆蓋,協助您更安全的遊玩。

    Player如何評測:公正與專業的評分標準
    在【Player娛樂城遊戲評測網】我們致力於為玩家提供最公正、最專業的娛樂城評測。我們的評測過程涵蓋多個關鍵領域,旨在確保玩家獲得可靠且全面的信息。以下是我們評測娛樂城的主要步驟:

    娛樂城是什麼?

    娛樂城是什麼?娛樂城是台灣對於線上賭場的特別稱呼,線上賭場分為幾種:現金版、信用版、手機娛樂城(娛樂城APP),一般來說,台灣人在稱娛樂城時,是指現金版線上賭場。

    線上賭場在別的國家也有別的名稱,美國 – Casino, Gambling、中國 – 线上赌场,娱乐城、日本 – オンラインカジノ、越南 – Nhà cái。

    娛樂城會被抓嗎?

    在台灣,根據刑法第266條,不論是實體或線上賭博,參與賭博的行為可處最高5萬元罰金。而根據刑法第268條,為賭博提供場所並意圖營利的行為,可能面臨3年以下有期徒刑及最高9萬元罰金。一般賭客若被抓到,通常被視為輕微罪行,原則上不會被判處監禁。

    信用版娛樂城是什麼?

    信用版娛樂城是一種線上賭博平台,其中的賭博活動不是直接以現金進行交易,而是基於信用系統。在這種模式下,玩家在進行賭博時使用虛擬的信用點數或籌碼,這些點數或籌碼代表了一定的貨幣價值,但實際的金錢交易會在賭博活動結束後進行結算。

    現金版娛樂城是什麼?

    現金版娛樂城是一種線上博弈平台,其中玩家使用實際的金錢進行賭博活動。玩家需要先存入真實貨幣,這些資金轉化為平台上的遊戲籌碼或信用,用於參與各種賭場遊戲。當玩家贏得賭局時,他們可以將這些籌碼或信用兌換回現金。

    娛樂城體驗金是什麼?

    娛樂城體驗金是娛樂場所為新客戶提供的一種免費遊玩資金,允許玩家在不需要自己投入任何資金的情況下,可以進行各類遊戲的娛樂城試玩。這種體驗金的數額一般介於100元到1,000元之間,且對於如何使用這些體驗金以達到提款條件,各家娛樂城設有不同的規則。

    1. Brahim’s Food Services Sdn Bhd seperti mati hidup kembali. Berliku dugaan dihadapi.

      Di zaman Paklah sebagai PM 4 pencapaian Ibrahim dan syarikat anak-anak Paklah seperti Dewina dan SCOMI sangat luar biasa. Termasuk syarikat yang dikaitkan dengan ‘tingkat 4’ ECM Libra Datuk Kalimullah Hassan dan Khairy Jamaluddin. Tan Sri Kamaluddin Abdullah anak Paklah tidak pernah mati dalam dunia perniagaan kini beliau pemegang saham besar dalam Enra Grouop Berhad. Begitu juga Kalimullah Hassan kekal di ECM Libra Berhad
      3K- Kamaluddin, Kalimullah dan Khairy Jamaluddin

      Bagi Brahim, daripada sebuah Syarikat senarai awam Tamadam Bonded Warehouse Berhad ditukar nama kepada Brahim’s Holdings Bhd selepas pengambilalihannya pada Mei 2011.

      TITIK HITAM PERTAMA Brahim’s Holdings Bhd (BHB) apabila diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 pada tahun 2019. Nota Amalan 17 (PN17) diberikan kepada syarikat yang mengalami masalah kewangan.

      Sejak itu Brahim berusaha keras memulihkan kedudukannya. Usaha pemulihannya terjejas oleh pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Kerugian berterusan menyukarkan BHB kembali pulih keluar dari status PN17.

      Mafia Korporat Kenneth Vun@ Vun Yun Lun beli kepentingan BHB

      TITIK HITAM KEDUA Brahim ialah apabila syarikat mafia korporat dikuasai Kenneth Vun @ Vun Yun Lun Syarikat Focus Dynamics Group Bhd membeli 12.19% kepentingan ekuiti melalui transaksi perniagaan langsung dengan bernilai RM7.34 juta pada oktober 2020. Focus Dynamics Group Bhd adalah sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang beroperasi melalui tiga segmen iaitu perkhidmatan kejuruteraan, pembuatan, dan makanan dan minuman (F&B).
      Saham Focus Dynamic Group Berhad 12.3% antara pemegang saham terbesar BHB
      menggunakan Lazarus Corporate Finance Pty Ltd

      Kenneth Vun dan Datuk Eddie Chai ketika itu meletakkan Mejar Dato’ Ismail Bin Ahmad dan Benson Tay Ben Seng sebagai Lembaga Pengarah dalam syarikat BHB.

      Umum mengetahui syarikat yang dikuasai Mafia Korporat seperti Kenneth Vun yang pernah didakwa oleh SC tahun 2009 dan 2014 akan mengambil kesempatan besar atas kelemahan pemilik syarikat. Jika Mafia Korporat Kenneth Vun membeli kepentingan sesebuah syarikat senarai awam pastinya mereka ada agenda yang bakal membenam pengasas syarikat. Dia telah banyak melakukannya sehingga ke tahap pengasas syarikat ditahan pihak berkuasa jika menentangnya.

      Bukti Kenneth Vun menguasai semua syarikat seperti di bawah;
      Kenneth Vun dan broker Sanston Financial Group Limited
      dan Lazarus adalah perkara biasa. Kebiasaanyanya dalam manipulasi saham Mafia korporat menggunakan broker ini

      Bersama Mafia Korporat lain Kenneth Vun dilihat menggunakan akaun luar pesisir seperti Credit Suisse Group AG, HSBC Nomminee(Asing) Sdn Bhd), UBS Group AG (Citibank Nominee (Asing) Sdn Bhd), akaun nominee Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd, CGS-CIMB Securities (Hong Kong) Limited, Barclays Bank PLC, and, DB (Malaysia) Nominee (Asing) Sdn Bhd– Exempt An for Nomura PB Nominees LTD dalam manipulasi saham.

      Namun Kenneth Vun paling banyak menggunakan khidmat Sanston Financial Group Limited dan Lazarus Securities PTY LTD. Penama proksi seperti Carol Vun On Nei (adik), Mak Siew Wei, Tay Ben Seng Benson, Chong Loong Men, Tang Boon Koon, Datuk Eddie Chai Woon Chet, Kong Kien Yong, Roy Ho Yew Kee

      Pengerusi Eksekutif Brahim’s Holdings, Datuk Seri Ibrahim Ahmad tidak tahu apa yang bakal berlaku di depannya. Apa yang BHB tidak sedar syarikat yang dikuasai Kenneth Vun akan terdedah dengan manipulasi saham. Skandal ‘Penny’ pernah didedah The Edge pembongkaran Skandal Penny Stock yang melaporkan lonjakan tidak normal dalam saham `penny’ pada 2020 dan 2021. Yang kaya ialah mafia koporat selepas saham mendadak naik dan rugi besar selepas saham syarikat jatuh menjunam apabila dijual besar-besaran.
      Brahim Holdings Berhad termasuk dalam permainan saham murah untuk manipulasi saham
      tahun 2020 dan 2021. Untung sekejab tetapi bencana kejatuhan saham di depan mata

      KEJATUHAN SAHAM TERUK BRAHIM AKIBAT MANIPULASI MAFIA KORPORAT

      TITIK HITAM KETIGA BHB sekitar Mei 2021 digelar sebagai ‘Neraka seminggu!’ buat Brahim apabila sahamnya jatuh 25 peratus selepas kenaikan melonjak ke paras tertinggi sejak empat tahun iaitu 58 sen. Ramai untung tetapi ramai terciduk selepas itu. Tahun itu sehingga pukul 11:20 pagi, saham jatuh 11.5 sen kepada 34.5 sen, dan sekitar 94 juta saham bertukar tangan.

      Tahun 2021 menyaksikan saham Brahim mencapai tahap terendah 17 sen. Walaupun selepas kerajaan menamatkan PKP dan membuka perbatasan pelancongan dan syarikat penerbangan, katering beroperasi ia tidak menjanjikan pemulihan kepada Brahim. Pada suku kedua fiskal 2021, kerugian bersih kumpulan Brahim meningkat kepada RM6.54 juta, berbanding RM3.42 juta pada tempoh tahun sebelumnya. Jumlah dagangan turun dari RM8.06 juta kepada RM6.54 juta.

      Dipengaruhi oleh kesan berterusan wabak pneumonia delta makanan pesawat terbang Brahim dan prestasi pendapatan yang berkaitan telah terjejas teruk, menunjukkan arah aliran menurun berbanding dengan tempoh yang sama. Semuanya menurun. Perolehan suku tahunan turun 20% kepada RM4.91 juta.Pendapatan dari perniagaan logistik dan perkhidmatan berkaitan turun 15% kepada RM1.63 juta. Bersatus PN17 dengan masalah hutang mereka sudah tentu memeritkan buat Brahim.

      Rekod kewangan tahunan syarikat menunjukkan sejak tahun 2014 Brahim terus mencatatkan rekod rekod kerugian. Maka ramai melihat sama ada pelancongan dibuka selepas PKP ia tidak mungkin mencatatkan keuntungan buat Brahim.

      Mafia korporat Kenneth Vun terus tersenyum.

      Baru-baru ini Suruhanjaya Sekuriti menyerbu pejabat Mafia Korporat Kenneth Vun namun setakat ini belum ada pertuduhan jenayah dibuat terhadap manipulasi saham mereka tahun 2020 dan 2021.

      Apa yang pasti pembelian kepentingan Mafia Korporat dalam Brahim tidak pernah menyelesaikan hutang Brahim dan menyelamatkan Brahim keluar dari status PN17 malah menjerumuskan Brahim ke dalam peristiwa ‘Neraka Seminggu’.

      Urusharta Jamaah Sdn Bhd melupuskan kepentingan dalam BHB

      TITIK HITAM KEEMPAT kepada BHB pada 22 April 2022 apabila anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) menjual semua sahamnya dan bukan lagi sebagai pemegang utama saham BHB. UJSB telah melupuskan 44.55 juta saham bersamaan dengan pegangan 19.28%.

      UJSB telah memperoleh 44.55 juta saham tersebut pada 28 Disember 2018 setelah ia dipindahkan oleh Lembaga Tabung Haji sebagai hasil penstrukturan semula di tabung haji tersebut. Pada 8 April 2022 Bursa Malaysia menolak rayuan BHB dinyah senaraikan di Bursa Malaysia. Pada hari yang sama UJSB menarik semua saham-sahamnya yang menyebabkan kejatuhan teruk saham BHB.

      Kerajaan pastinya tidak mahu sahamnya rugi berterusan maka memilih pelupusan penuh sebelum Brahim dinyah senaraikan.

      BHB dinyah senarai Bursa Malaysia hilang kontrak MAG

      TITIK HITAM KELIMA ialah apabila secara rasmi BHB dinyah senaraikan daripada Bursa Malaysia pada 3 Jun 2023 selepas rayuan demi rayuan dibuat. Ia menyebabkan saham-saham BHB tidak lagi diniagakan. Tentunya banyak pihak yang mengalami kerugian.

      Seperti sudah jatuh ditimpa tangga TITIK HITAM KEENAM Brahim ialah penamatan kontrak 25 tahun sebagai penyedia perkhidmatan makanan oleh Malaysia Airlines- Malaysia Aviation Group (MAG) pada 31 Ogos 2023. CEO BHB lambat bermain sentimen simpati menyelamatkannya hanya diakhir-akhir kontrak BHB membuka mulut. Mungkin BHB yakin MAG tidak mungkin menamatkan mereka.

      Tapi nasi dah jadi bubur. Brahim disingkirkan. Sekalipun permulaan MAG mengendalikan masalah katering mereka diawal dengan teruk tetapi Brahim gagal memanfaatkan kelemahan MAG.

      Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd Fadhli Abdul Rahman sebelum ini mengakui perkhidmatan katering dalam penerbangannya, Brahim’s Airline Catering Sdn Bhd (BAC) sangat bergantung kepada MAB, yang menyumbang 50 peratus daripada hasilnya.

      Hanya boleh dapat dilakukan ialah mengurangkan kerugian Brahim BHB. Bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023, BHB mengecilkan kerugian bersihnya kepada RM4.84 juta daripada RM6.92 juta. Hasil bagaimanapun meningkat kepada RM16.19 juta daripada RM7.14 juta

      Brahim’s Food Services Sdn Bhd kembali bangkit

      Apa terjadi selepas Brahim Holding dinyah senarai? Salah satu kebijaksanaan Pengerusi Eksekutif Brahim’s Holdings, Datuk Seri Ibrahim Ahmad masih ada ialah tidak meletakkan Dewina Holdings Sdn Bhd (Dewina) dan anak syarikatnya dibawah struktur Brahim’s Holdings Bhd (BHB) maka penyahsenaraian itu tidak memberi kesan ke atas kumpulan Dewina.

      Menurut Ibrahim Ahmad kumpulan Dewina mengendalikan segala pembuatan dan pembekalan produk-produk dan perkhidmatan berjenama Brahim’s yang beroperasi di bawah syarikat induknya, Dewina Holdings Sdn Bhd, jadi tidak akan ada sebarang gangguan perniagaan akibat penyahsenaraian ini.

      “Ketahanan jenama Brahim’s telah membantu kami mengharungi segala cabaran dan kebangkitan semula sektor ekonomi akan memberikan peluang yang lebih besar untuk kami mengembangkan lagi kehadiran jenama kami,” katanya

      Sekalipun bukan lagi syarikat senarai awam, Brahim kini bangkit di bawah Brahim’s Food Services Sdn Bhd (BFS), kekal menyediakan perkhidmatan makanan halal dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa termasuk tujuh syarikat penerbangan terbaik dunia seperti Qatar Airways, Emirates, ANA All Nippon Airways, Cathay Pacific Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines dan EVA Air.

      Menurut kenyataan itu, Brahim dinamakan antara 10 syarikat penerbangan teratas pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2024 yang diadakan pada 24 Jun lalu di London.

      Ketua Pegawai Eksekutif Brahim’s Food Services, Mohammad Fadhli Abdul Rahman, berkata pengiktirafan ini membanggakan semua warga kerja syarikat sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran penyediaan makanan halal bagi penerbangan global.

      Pengerusi Eksekutif Brahim’s Holdings, Datuk Seri Ibrahim Ahmad, berkata Brahim’s Food Services mencatatkan keuntungan kira-kira RM12 juta untuk tahun kewangan berakhir 2023 walaupun menghadapi cabaran, termasuk kehilangan perniagaan Malaysian Airlines.

      “Kejayaan kewangan ini menunjukkan ketahanan dan model perniagaan yang kukuh dalam kumpulan syarikat Brahim’s”, katanya

      Ternyata dinyah senarai dan bergerak sebagai syarikat persendirian bukanlah terlalu buruk malah lebih baik keluar dari hutang berbanding dalam Brahim Holdings Berhad. Namun monopoli perniagaan dalam katering penerbangan tidak semestinya bertahan lama boleh saja dirapuhkan jika ada pesaing baharu. Lihat saja apa yang berlaku kepada BHB bukan saja dinyah senarai di Bursa Malaysia tetapi juga kontrak MAS yang bertahun-tahun BHB pegang. Dari MAS mereka mengambil alih LSG Sky Chefs (LSG) melalui LSG Brahim’s Airlines Catering (70% Brahim) dan 30 % MAS akhirnya dari MAS juga BHB ditendang.

      Ya hari ini Brahim’s Food Services menjadi penyedia makanan halal dalam penerbangan terbesar di rantau ini dengan dapur canggih meliputi kira-kira 60,000 meter persegi, 550 pekerja menghasilkan sehingga 60,000 hidangan setiap hari namun tidak bermakna Brahim tidak bergoyang lagi sebagaimana mereka lalui sejak 1999 sehinggalah Brahim Holdings hampir melingkup berstatus PN17. Musuh perniagaan sering mencari jalan membunuh pesaingnya sama ada dari dalam atau luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *