Jika monopoli itu adalah Tan Sri Vincent Tan dan syarikat rangkaian Berjaya Group semuanya boleh tapi jika orang lain semua tak boleh dan tak bagus untuk negara
Rakyat Malaysia belum berhenti mengecam U Mobile sebuah syarikat dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan Pengasas Berjaya Group. Jawapan pelantikan U Mobile tidak dapat diterima rakyat. Semua tahu cara Tan Sri Vincent memperalat dan mempergunakan sesuatu bukan kerana kelayakan mereka sebenar.
Sudah masuk seminggu rakyat belum boleh terima jawapan kerajaan mengenai U Mobile. Keputusan memberikan projek rangkaian 5G kedua kepada U Mobile menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kemampuan syarikat tersebut, ketelusan proses pemilihan dan implikasi kewangan kepada negara.
Tan Sri Vincent terpaksa menggunakan semua keupayaannya membeli media di negara ini termasuk mempergunakan rangkaian media seperti Malaymail milik rakan niaganya Ancom Nylex Berhad dan Nylex Malaysia Bhd dikuasai Dato’ Siew Ka Wei yang pernah terlibat skandal rasuah “Speedy Gonzales” kempen periklanan di China RM99.963 million pada tahun 2019 di Kementerian Pelancongan (MOTAC)
Terbaru selepas teruk dikecam Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Berjaya Group dan U Mobile Sdn Bhd itu muncul di Malaymail mempertahankan syarikatnya dianugerahkan projek itu.
Apakah dia fikir dengan muncul mengaku dan mengesahkan projek itu maka rakyat akan lebih suka kepada Vincent Tan, Berjaya Group dan U Mobile? Baca dan lihat komen semua menyakitkan hati.
Rakyat Malaysia umumnya tahu jika istana sejak sekian lama mempunyai saham dalam syarikat tertentu. Rakyat tiada masalah mengenai raja atau istana memiliki perniagaan namun Tan Sri Vincent janganlah nampak mengambil kesempatan menggunakan saham-saham itu seakan ‘titah’ atau arahan tertentu. Ini yang rakyat tidak senang dengan Tan Sri Vincent Tan! Rakyat berkata dah tu kalau U Mobile hebat sangat dari dulu dah dapat.
Tan Sri Vincent Tan adalah taikun yang penuh kepuraan. Semua Perdana Menteri terutama Tun Dr Mahathir dia ‘jilat’ kaw kaw. Tidak menghairankan jika sehingga sekarang Tan Sri Vincent Tan digelar kroni ‘Atuk’. Siapa Perdana Menteri dia kipas habis-habisan maka sesiapa PM dan kerajaan Tan Sri Vincent kekal hidup.
MEMUJI KERAJAAN JIKA DAPAT PROJEK
Ketika Tan Sri Vincent dapat apa dia mahukan dia puji melambung, diala paling tidak MONOPOLI tetapi ketika dia tak dapat dia ganyang habis-habisan kerajaan, MOF dan syarikat yang dapat projek.
Lihat ketika U Mobile dapat projek 5G, Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi U Mobile Sdn Bhd, memuji dasar kerajaan perpaduan dan mengkritik langkah kerajaan sebelumnya di bawah Muhyiddin Yassin yang memaksa pelaksanaan rangkaian 5G tunggal. Beliau mempertahankan pemilihan U Mobile untuk melaksanakan rangkaian kedua, sebagai alternatif kepada rangkaian tunggal tersebut.
Dia fikir bila dia muncul ke depan persepsi kepada kerajaan akan semakin baik tapi..
Vincent Tan mempersoal Digital Nasional Bhd (DNB). Namun siapa pemilik DNB? Kerajaan dan MOF. Maka tak timbul isu monopoli. Kerajaan mesti mengawal syarikat besar.
Vincent Tan menyatakan bahawa sebelum ini, syarikat telekomunikasi bersedia melancarkan 5G menggunakan dana mereka sendiri. Namun, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menetapkan rangkaian tunggal yang dilaksanakan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) menggunakan dana awam dengan kos keseluruhan dianggarkan RM16.5 bilion.
Mengapa DNB ditubuhkan? supaya syarikat yang melancarkan 5G tidak bertumpu di kawasan bandar sahaja tetapi seluruh ceruk negara sama ada kawasan itu menguntungkan atau tidak. Maka syarikat telekomunikasi lebih bertanggungjawab. Rakyat pun tahu fakta ini.
Vincent Tan berkata U Mobile merupakan syarikat tempatan walaupun sebelum ini pegangan saham asing melalui syarikat Strait Mobile Investments Pte Ltd milik GLC Temasek berjumlah 48.3 peratus.
“Pemilikan asing adalah perkara biasa dalam kalangan syarikat telekomunikasi di seluruh dunia. Hari ini, pemilikan asing dalam U Mobile hanya 20 peratus, jauh lebih rendah berbanding pesaing seperti CelcomDigi, yang mempunyai sekitar 33 peratus pemilikan asing.”.
Mengapa kurangkan saham Temasek? kerana kerana sedar kecaman rakyat maka Vincent Tan perlu mengurangkan pegangan Temasek itu kepada 20 peratus.
Jangan bermain dengan persepsi syarikat Singapura kerana Thaksin Shinawatra bekas PM Thailand pemilik Shin Corporation pada tahun 2006 menjual sahamnya keada Temasek. Apa jadi kepada Thaksin? Beliau digulingkan sebagai PM dan MAHKAMAH Agung Thai pada tahun 2010 membuat keputusan merampas 46.3 bilion Baht (RM4.7 bilion) daripada sejumlah 76.6 bilion Baht (RM7.8 bilion) aset yang dibekukan milik Perdana Menteri yang disingkirkan Thaksin Shinawatra dan keluarganya. Syarikat telekomunikasi sebuah negara adalah sangat sensitif.
SEMBANG MONOPOLI
Menurut Vincent Tan, model rangkaian tunggal bersifat monopoli itu bertentangan dengan amalan terbaik global dan telah gagal di negara lain. Beliau menyatakan bahawa walaupun pelaburan berasingan oleh setiap syarikat mungkin membazirkan sumber, bergantung pada satu rangkaian 5G juga terlalu berisiko.
Sekarang 5G dimonopoli oleh U Mobile maka bagus untuk negara? Semua syarikat telekomunikasi yang lebih besar, mempunyai ribuan pencawang kini di bawahnya? Dia monopoli semua boleh tetapi syarikat lain hatta syarikat DNB milik kerajaan pun tak boleh.
Tan Sri Vincent Tan begitu memuji tindakan kerajaan perpaduan memecahkan monopoli DNB, sambil menjelaskan bahawa pelancaran rangkaian kedua U Mobile tidak akan menggunakan dana awam.
Bukan mahu menuduh Tan Sri Vincent Tan tetapi rekod menunjukkan Tan Sri Vincent Tan pernah gagal dalam projek Monorel KL. Kerajaan melalui Prasarana terpaksa mengambil alih projek itu. Pada tahun 1998 Kerajaan Malaysia BAILOUT Vincent Tan dan syarikatnya KL PRT Sdn. Bhd. Kerajaan terpaksa beri pinjaman konsesi sebanyak 300 juta ringgit ($75.8 juta) daripada kerajaan untuk meneruskan projek monorel. Kerajaan juga menambah lagi RM2.2 bilion.
Ada kemungkinan U Mobile yang dalam rekod perniagaannya tidak sebagus mana tidak meminta wang kerajaan lagi? Dan sekarang Tan Sri Vincent Tan kembali dengan alasan syarikat menggunakan dana sendiri bukan dana awam!
Satu lagi perangai paling buruk, apabila ada syarikat lain juga mempunyai akses dengan istana Tan Sri Vincent Tan ini bukan main lagi sabotaj dan menyerang menggunakan pelbagai media. Media dibayar menyerang musuh Berjaya Group. Bagi mereka Raja dan istana negeri lain tak boleh dalam syarikat tetapi jika Tan Sri Vincent Tan dia semua boleh kerana pemegang saham itu telah bertahun ada dalam syarikatnya.
MENYERANG DAN MENGHANCURKAN PESAINGNYA
Pada tahun 2019 Berjaya Group dan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd membentuk konsortium untuk bersama-sama membida kontrak penyewaan kenderaan kerajaan yang sebelum ini dimonopoli SPANCO.
Berjaya Group dan Naza Corporation berjaya melobi projek itu dan mendapat Letter Of Intent menyingkirkan Spanco. Namun sekadar NIAT tidak mengikat kerajaan
Maka SPANCO berjaya mengekalkan projek itu dan Tan Sri Vincent Tan tidak berjaya. Tan Sri Vincent Tan tidak berpuas hati dan terus berdendam.
Pada Julai 2023, syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza telah memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan (MoF) kerana menamatkan surat hasrat (LOI) yang ditawarkan kepada JV kedua-dua syarikat untuk menguruskan pajakan kenderaan kerajaan.
Tan Sri Vincent Tan, berkata LOI yang berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kenderaan kerajaan, ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020.
Tan berkata, kerajaan telah menamatkan perkhidmatan mereka dan memberikannya kepada semula kepada SPANCO.
“Kerajaan berfikiran bahawa Berjaya dan Naza tidak cukup bagus dalam perniagaan kereta. Jadi kami telah memfailkan saman undang-undang terhadap (MoF) berhubung perkara ini dan bersedia untuk ke mahkamah mengenainya,” katanya.
Tan Sri Vincent Tan menggerakkan semua media, NGO dan pelbagai pihak mendesak projek SPANCO itu. Habis diganyang dan digulingnya Tan Sri Robert Tan kiri kanan.
Apa terjadi kepada Tan Sri Robert Tan pengasas SPANCO ? Beliau disiasat dan kemudiannya didakwa di mahkamah dengan pertuduhan yang pelik yang mana pegawai MOF tak mungkin tak tahu pemegang saham SPANCO. Bagaimana Tan Sr Robert Tan SPANCO dikatakan menipu MOF?
Siapa lagi pesaing yang Tan Sri Vincent Tan nak lanyak lagi? Berapa banyak lagi lobi projek yang bakal menyerang syarikat lain?