Nampaknya peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong bukan sahaja bersekongkol dengan Mafia Korporat Chong Loong Men geng Victor Chin dalam usahanya cuba menguasai Kumpulan Jetson Berhad kini beliau juga bersama Jacky Pang Chow Huat.
Sejak Mei sehingga 13 Jun lalu Kington Tong Kum Long dilihat banyak membeli saham Kumpulan Jetson Berhad. Bagaimanapun selepas 13 jun hinggalah 27 Jun Kington menjual saham-sahamnya kerana bimbang mengalami kerugian. Namun semua ini dilihat projek ‘goreng’ saham.
Siapa pun di belakang Kington setakat ini Kington Tong masih cuba merampas Kumpulan Jetson Berhad.
Kington Tong Kum Loong turut berhadapan dengan aduan kes mencederakan amoi cina yang menyebabkan beliau disiasat oleh PDRM. Dilaporkan Kington Tong sehingga kini terus mengugut wanita bernama Amy itu agar menarik balik kesnya. Beliau mungkin sanggup membayar rasuah bagi menutup kes itu dari didakwa di mahkamah.
BACA – Padah buat laporan polis di Bandar Sri Damansara Peguam ‘Scammer’ Kington Tong ugut ‘Amoi’ lagi
Menurut sumber terbaru Kington Tong ‘Peguam Scammer’ terlibat dalam skim pengubahan wang haram yang besar. Kali ini, dia bekerjasama dengan ahli syarikat Mafia Korporat China untuk mengubah dana haram menggunakan Akaun Amanah Syarikat guaman Messrs Kington Tan Dzul sebagai laluan memasukkan dana dari China ke negara ini.
AGILE GROUP HOLDINGS LIMITED adalah sebuah syarikat pelaburan yang terlibat dalam pembangunan hartanah dan operasi hotel di Republik Rakyat China (RRC). Anak-anak syarikatnya ialah Agile Property Land Co., Ltd., Zhongshan Agile Majestic Garden Real Estate Co., Ltd. dan Guangzhou Panyu Agile Realty Development Co., Ltd..
Agile Group di Hong Kong misalnya pernah diambil tindakan oleh pihak berkuasa bagi pelaburan melibatkan kepentingan keluarga lembaga pengarahnya.
Di Malaysia anak syarikat mereka ialah Agile Real Estate Development (M) Sdn Bhd. Pemegang sejuta saham syarikat ini ialah Mindway Limited yang beralamat di Hong Kong.
Rekod menunjukkan syarikat beralamat di Suite 26-3 2th Floor Menata Keck Seng Bukit Bintang ini mempunyai nilai aset lebih RM2b dengan jualan tahunan RM214 juta. Bagaimanapun syarikat ini mengumumkan kerugian RM55 juta sebelum cukai. Mengapa rugi? ia mungkin sengaja direka untuk membawa dana China ke Malaysia melalui pelaburan hartanah.
Ahli Lembaga Pengarahnya ialah Chai Weng Kai (CEO), Chen Zhuo Lin dan skandal Peguam Kington, Miss Zhao Yan Ji
Kington bersekongkol dengan seorang warganegara China, Miss Zhao Yanji dari Agile Group Holdings Limited untuk mengubah wang haram bagi membeli Kumpulan Jetson Berhad dengan niat merampas syarikat senarai awam itu.
Dengan Kumpulan Jetson Berhad sebagai sasaran, Kington berjaya menempatkan Miss Zhao Yanji menjadi ahli Lembaga Pengarah di Kumpulan Jetson. Kington cuba membawa Chai Keng Wai CEO Agile Real Estate Development (M) Sdn Bhd sebagai Lembaga Pengarah Kumpulan Jetson Berhad yang baharu namun digagalkan oleh BOD Kumpulan Jetson yang baru-baru ini menang dalam EGM syarikat.
Terdapat sumber mengatakan Miss Zhao Yan Ji merupakan perempuan simpanan atau skandal kepada Kington Tong Kum Loong
Ini satu usaha Peguam ‘Scammer’ Kington membawa orang luar masuk ke dalam syarikat membeli saham syarikat tempatan sekaligus mengawal syarikat itu dengan menggunakan rangkaian China dan Mafia Korporat Malaysia seperti Chong Loong Men dan Jacky Pang.
Semua maklum dengan usaha Kington membolot saham dengan dana yang banyak. Sudah tentu dana itu bukan wangnya sendiri. Ini perlu disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti, LHDN, SPRM, dan PDRM di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Jika di Hong Kong pengasas AGILE GROUP HOLDINGS LIMITED sanggup berbelanja berbilion membiaya perniagaan anak dan keluarga maka sudah tentu membiayai perniagaan di Malaysia adalah perkara kecil.
Menyertai Lembaga Pengarah Kumpulan Jetson Berhad sudah tentu ada sesuatu seperti ‘Ada Udang di Sebalik Mee’.
Begitu banyak persoalan. Selain Mafia Korporat Chong Loong Men dan Jacky Pang apakah Kington menjadi ejen kepada syarikat China Agile Group Holdings Limited?
Membawa dana-dana dari syarikat mafia China untuk dicuci di Malaysia sehingga sanggup rugi melalui syarikat tempatan wajar disiasat oleh pihak penguatkuasa.
Dana-dana Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong wajar disiasat. Begitu juga PDRM perlu percepatkan siasatan dan pendakwaan terhadap kes mencederakan ‘Amoi’ yang kecoh baru-baru ini.
您好,请问网站的联系方式可以告知一下吗?