
Able Global Bhd mengumumkan bahawa Pengarah Eksekutif dan Pengerusi Eksekutifnya, Ng Keng Hoe direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengeluar tenusu dan pembuat tin itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia menjelaskan bahawa siasatan yang dijalankan adalah berkaitan dengan syarikat persendirian Keng Hoe dan tidak mempunyai hubung kait dengan Able Global atau syarikat-syarikat kumpulan itu pada masa ini.
Bagaimanapun, sebagai langkah sementara, lembaga pengarah dan pengurusan kanan utama syarikat secara kolektif akan mengambil alih fungsi pentadbiran dan eksekutif Keng Hoe yang digantung untuk memastikan tadbir urus yang berkesan dan kesinambungan dalam kepimpinan.
“Selain itu, sebuah jawatankuasa pengurusan sementara yang terdiri daripada pengurusan kanan utama dan wakil lembaga pengarah telah ditubuhkan untuk menyelia fungsi eksekutif Keng Hoe dan menyokong operasi syarikat secara berterusan,” katanya.
Ng Keng Hoe seorang warganegara Singapura menguasai 12.46% dan merupakan pemegang saham terbesar Able Global.

Jualan singkat harian bagi saham Able Global telah digantung sepanjang hari selepas harga terakhirnya turun lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan hari ini.
Saham syarikat itu turun 34 sen, atau 19.77 peratus kepada RM1.38 sebelum kejatuhannya kembali berkurangan untuk ditutup kepada RM1.53 dengan 20.97 juta saham diniagakan.
Saham Able Global ditutup pada RM1.72 pada selasa (13 Februari)
KONTROVERSI NG KENG HOE MAFIA SINGAPURA
Julai tahun 2024 tular di laman sosial mengenai Ng Keng Hoe seorang Mafia Singapura merampas kilang sawit di Batu 9 Kebun Baru, Telok Panglima Garang dan berpura-pura menjadi Pengarah syarikat Sawit Raya Sdn Bhd Ng Keng Hoe didapati dalam satu laporan polis Ng Keng Hoe didakwa memalsukan cop syarikat dan kepala surat untuk mengimport gula dari Thailand dan India.




Turut tular beliau memukul pemilik kilang namun tiada tindakan diambil penguatkuasa ketika itu. Ng Keng Hoe berkata beliau kebal daripada pihak berkuasa

NG KENG HOE DIREMAN SPRM

Menurut sumber penahanan reman Ng Keng Ho Pengerusi Able Global Berhad dan rakan kongsinya oleh SPRM adalah atas dakwaan serius berkaitan rasuah, penipuan, dan aktiviti haram. Dakwaan lain ialah menyerang rakan perniagaan secara fizikal, memalsukan dokumen syarikat, memalsukan tandatangan, penipuan kewangan pecah amanah dan penyeludupan gula secara haram.


Ini bermakna tangkapan Ng Keng Ho mafia Singapura ada kaitan dengan laporan pada julai 2024 dakwaan kekasaran kepada pemilik kilang Sawit Raya Sdn Bhd.
Walaupun Able Global Berhad menafikan penglibatan Ng Keng Ho namun perniagaan yang dilakukan oleh pengerusinya ada kaitan dengan peniagaan Able Global sekarang.

