Nurul Hidayah, anak kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan pelantikan dirinya menganggotai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula dari 2 Jan 2025 hingga 1 Jan 2028.
Katanya, dirinya sebagai seorang alumni yang aktif memberi kelayakan kepadanya untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah UPM.
“Saya seorang alumni UPM yang aktif. Ibarat sireh pulang ke gagang. Saya alumni UPM 2002. Selepas 24 tahun saya kembali ke UPM untuk berkhidmat.
“Niat saya tidak tersasar dari mana-mana tuduhan tidak berasas yang mempertikaikan kelayakan saya dan kedudukan saya yang kebetulan anak TPM.
“Saya orang biasa sama seperti orang lain yang bekerja dan ingin membantu orang atas kapasiti kecil saya sebagai mantan mahasiswa UPM,” katanya
Kata Nurul dia gembira dengan pelantikannya itu kerana dia menolong “lebih ramai anak-anak yang susah.”
“Sesuai dengan slogan UPM: ‘Berilmu, Berbakti’.
“Saya akan gunakan ‘tiket’ alumni untuk menggalakkan mantan-mantan mahasiswa UPM (Alumni) untuk bantu UPM sumbangkan tenaga atau dana bagi menampung kos pengajian anak-anak orang susah yang berkelayakan untuk masuk belajar ke UPM,” katanya lagi.
Pelantikan Nurul Hidayah, anak TPM Ahmad Zahid Hamidi mengundang pelbagai kritikan rakyat. Alasan sebagai ‘kebetulan anak TPM’ tidak disenangi kerana ramai juga alumni di luar sana layak namun tidak dilantik sebagai Lembaga Pengarah.
Nurul hidayah mengesahkan dirinya seorang alumni yang aktif namun semakan menunjukkan beliau tidak terlibat dengan Persatuan Alumni UPM. Bagi SESI 2023-2025 pun beliau tidak aktif. Tidak dipastikan apakah aktif yang dimaksudkan oleh Nurul Hidayah.
Bagaimanapun Kesatuan Kakitangan Am UPM (Kepertama) ini menyambut baik pelantikan Nurul berkata pihaknya tidak mahu terjebak dengan polemik politik seputar isu pelantikan anak Zahid ke jawatan itu. Menurut kesatuan pekerja itu, fokus utama pihaknya untuk memastikan pelantikan Nurul membawa manfaat kepada universiti, pelajar, dan kakitangan.
Mereka melihat kedudukan Nurul sebagai anak TPM bakal membantu UPM dari segi mendapat dana UPM atau apa saja yang boleh menguntungkan UPM.
Nurul Pengerusi MQ TECH Bhd syarikat milik Mafia korporat
Jun 2022 MQ Technology Bhd (MQ Tech) membuat pengumuman melantik Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai Pengerusi yang baharu bermula 5 Disember 2022 hingga sekarang. Suaminya pula Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dilantik Pengerusi Jiankun International Bhd. Kedua-kedua syarikat ini dikuassai Mafia Korporat Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong.