
Sapura Muflis atau perlu diselamatkan?
Isu Sapura sudah berkumandang sejak tahun 2022. Sapura Energy berdepan dengan masalah kritikal apabila mencatatkan kerugian bersih luar biasa sebanyak RM8.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 (FY22), berbanding kerugian bersih RM160.87 juta pada tahun sebelumnya. Keadaan ini meningkatkan tekanan ke atas syarikat untuk mendapatkan kecairan, memandangkan paras hutang tertunggak yang tinggi menyukarkan mereka mendapatkan kemudahan kredit bagi penyelesaian kepada pemiutang dan modal kerja.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila Sapura Energy mengambil pinjaman besar untuk membeli aset Seadrill Ltd pada tahun 2013 dengan kos US$2.9 bilion dan aset Newfield Exploration Co’s Malaysia pada harga US$895.9 juta. Akibatnya, pada tahun 2018, syarikat terpaksa menjual 50% kepentingannya dalam SES Upstream Sdn Bhd kepada OMV Exploration & Production GmbH dengan harga US$540 juta untuk mengurangkan beban hutang.
Dalam usaha menyelamatkan syarikat, Sapura Energy telah memohon cadangan Skim Pengaturan (SOA) dan Perintah Penyekatan daripada Mahkamah Tinggi. Kegagalan pelaksanaan SOA boleh menyebabkan syarikat diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17), yang menandakan masalah kewangan yang serius.
Punca Masalah Kewangan Sapura Energy
Sapura Energy pernah menjadi syarikat perkhidmatan sektor minyak dan gas kedua terbesar di dunia dengan nilai RM30 bilion. Namun tahun 2022 ia hanya bernilai sekitar RM500 juta hingga RM650 juta.
Faktor utama yang menyumbang kepada krisis itu termasuk:
Pinjaman Besar Sebelum 2015: Syarikat mengambil pinjaman besar semasa harga minyak dunia mencecah USD100 setong. Apabila harga minyak jatuh pada 2015-2018, projek-projek baru terhenti, tetapi Sapura tetap perlu membayar faedah pinjaman mencecah RM500 juta setahun.
Keengganan Bank Memberi Pinjaman Baru: Pada 2019, selepas harga minyak meningkat semula, Sapura memohon pinjaman modal kerja sebanyak RM2 bilion tetapi ditolak oleh bank-bank tempatan.
Kesulitan Menjual Aset: PNB mengarahkan Sapura untuk menjual aset bernilai RM10 bilion, tetapi proses ini mengambil masa panjang dan sukar dilakukan dengan harga yang berpatutan.
Impak Pandemik COVID-19: Sekatan perjalanan global menyekat Sapura daripada melaksanakan projek sedia ada dan menuntut bayaran daripada pelanggan mereka.
Masalah Kredibiliti dalam Bidaan Projek Baru: Sapura tidak dapat menyertai bidaan projek mega seperti Projek Kasawari milik Petronas kerana kedudukan kewangan yang lemah.
Ada apa pada Sapura?
Sapura bermula sebagai sebuah syarikat kecil pada tahun 1975 yang diasaskan oleh Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, dengan penglibatan awal dalam sektor telekomunikasi.
Kelahiran Sapura Energy adalah hasil percantuman antara Kencana Petroleum Bhd milik Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir dengan SapuraCrest Petroleum Bhd yang membentuk SapuraKencara Petroleum Bhd (SapKen) di tahun 2012 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia di bulan Mei, 2012, sebelum ditukar namanya kepada Sapura Energy Bhd pada tahun 2017.

Namun demikian, hanya 4 bulan sebelum kejatuhan harga minyak mentah dunia di tahun 2014 Mokhzani melalui syarikat pegangannya, Khasera Baru Ltd. telah menjual 190.3 juta saham dalam Sapken yang mana beliau telah memperolehi RM820 juta.
Mokhzani kemudiannya meletakkan jawatan dalam lembaga pengarah di tahun 2015 tetapi masih mengekalkan sebahagian sahamnya dalam SapKen. Tahun 2017, Mukhzani telah menjual 605 juta sahamnya yang bersamaan 10.1% dalam Sapura Energy.
Antara pertengahan tahun 2014 hingga awal tahun 2016 ekonomi dunia mengalami salah satu penururan harga minyak yang drastik dalam sejarah moden. Pertama kali selepas Perang Dunia II dan yang kali kedua ialah di tahun 1986.
Bermakna penjualan saham Mokhzani 4 bulan sebelum kejatuhan harga minyak dunia di tahun 2014 dan penjualan saham kedua di tahun 2017 telah memberi impak yang tidak kurang besarnya dalam syarikat.
‘Bail-Out’ kerajaan melalui PNB – Tan Sri Zeti bawah PM 7 (Tun Dr Mahathir)
Dalam tahun 2019, PNB menambah pelaburan sebanyak RM2.68 billion dalam Sapura Energy yang menjadikan PNB sebagai pemegang saham terbesar dengan kepentingan 40% yang ketika itu Sapura Energy mencatatkan kerugian atas kertas yang amat besar.

Ini bermakna Sapura Energy lebih awal ‘bail-out’ oleh Tun Dr Mahathir PM7 dan Tan Sri Zeti (Pengerusi PNB) untuk menjadikan syarikat itu sebagai GLC pada tahun 2019.
Bagaimana jika Sapura Energy Muflis tahun 2022?
Sekiranya Sapura Energy gagal diselamatkan, kesan negatifnya sangat besar:
1.Kerugian langsung kepada 10.6 juta pelabur ASB sebanyak RM4 bilion (Pegangan saham PNB)
2.Kerugian tidak langsung kepada PNB, KWSP, dan institusi kewangan lain, akibat pinjaman RM10 bilion kepada bank-bank tempatan, termasuk Maybank.
3.Hilangnya hampir 10,000 pekerjaan bergaji tinggi.
4.Terjejasnya sekitar 4,500 vendor dan pembekal, kebanyakannya syarikat Bumiputera.
5.Malaysia kehilangan syarikat perkhidmatan minyak dan gas terbesar negara.
6. Kehilangan sebuah syarikat multinasional yang beroperasi di lebih 30 negara.
Gesaan Kerajaan Campur Tangan selamatkan Sapura
Terdapat dua cadangan utama bagi menangani isu Sapura ketika itu.
PERTAMA Pemberian Pinjaman Mudah Faedah atau Jaminan Kerajaan
Kerajaan boleh memberikan pinjaman mudah faedah atau memberi jaminan ke atas pinjaman bank kepada Sapura Energy bagi menyelesaikan masalah aliran tunai.
Ini merupakan pendekatan yang pernah digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam menyelamatkan syarikat gergasi seperti Citibank, General Motors dan AIG pada 2008.
KEDUA cadangan Najib Razak – Pengambilalihan oleh Petronas atau Khazanah Nasional
Kerajaan boleh mengarahkan Petronas atau Khazanah untuk mengambil alih pemilikan Sapura Energy daripada PNB.
Petronas mempunyai kepakaran dalam sektor ini dan pernah menyelamatkan syarikat MISC pada 1998.Setelah Sapura pulih, sebahagian sahamnya boleh dijual semula kepada pasaran tempatan untuk mendapatkan keuntungan, sebagaimana yang dilakukan oleh Petronas terhadap MISC.Tujuannya memulihkan keyakinan pelabur dan pasaran.Mendapatkan kembali kepercayaan bank-bank untuk menyediakan kemudahan kredit.
Menjamin kesinambungan operasi syarikat tanpa perlu mengeluarkan dana terus dari perbendaharaan negara.
Namun Kerajaan PN (Muhyiddin dan Ismail Sabri) tidak mahu menyelamatkan Sapura Energy sebaliknya mengarahkan Sapura menjual semua asetnya untuk membayar hutang. PH.01 pula ketika itu Rafizi menyerang habis-habisan kaedah ‘bail-out’ Petronas ini.
Sapura Energy terus jual aset bayar hutang
Tiadanya bantuan kerajaan Sapura Energy telah mengambil langkah-langkah strategik untuk mengurangkan beban hutangnya melalui penjualan aset dan pelaburan baru.
Pada April 2024, Sapura Energy menjual keseluruhan pegangan dalam SapuraOMV Upstream Sdn Bhd dengan nilai RM3.37 bilion kepada TotalEnergies Holdings SAS sebuah syarikat dari Perancis.
Aset SapuraOMV termasuk 40% kepentingan dalam blok SK408 dan 30% kepentingan dalam blok SK310, kedua-duanya terletak di luar pesisir Sarawak, Malaysia.


SapuraOMV merupakan syarikat usaha sama (JV) antara Sapura Energy Bhd dan OMV Exploration & Production GmbH, anak syarikat OMV Aktiengesellschaft yang berpengkalan di Austria pada September 2018 membentuk kerjasama strategik melalui pengambilalihan pegangan sama rata, 50-50 dalam anak syarikatnya, Sapura Upstream Sdn Bhd, dengan nilai perusahaan sebanyak AS$1.6 bilion (RM6.63 bilion).
OMV AG merupakan syarikat industri terbesar di Austria dengan jualan kumpulan sebanyak 20 bilion euro (kira-kira RM96.2 bilion) dan tenaga kerja lebih daripada 20,000 orang.
Apapun penjualan dengan nilai RM3.37 bilion masih belum dapat menutup hutang-hutang Sapura.
Kerajaan MADANI campur tangan bantu Sapura dan menyelamatkan vendor bumiputera
Terbaru pada 11 Mac 2025, Sapura Energy menerima pelaburan sehingga RM1.1 bilion daripada pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).
MDH, sebuah syarikat tujuan khas Menteri Kewangan (Diperbadankan), Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) melalui langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS). Pelaburan ini bertujuan untuk membantu Sapura Energy dalam menyelesaikan hutangnya dan memastikan kelangsungan operasi syarikat.

Bagi Kerajaan MADANI ini bukan ‘Bail-out’ cara Mahathir kerana pelaburan kerajaan ini datang dengan syarat yang khusus iaitu untuk menguruskan tunggakan dan beberapa tunggakan yang perlu dibayar oleh Sapura Energy kepada lebih 2,000 vendor yang mana 40 peratus daripadanya adalah vendor Bumiputera.
Bagi Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula mereka menjelaskan bahawa pelaburan ini akan membantu mengelakkan pembubaran Sapura Energy, yang boleh mengakibatkan penjualan aset minyak dan gas strategik negara secara lelongan, baik di dalam maupun luar negara.
Namun satu perkara dari pelaburan kerajaan kepada Sapura Energy yang kini sebuah GLC bahawa cadangan Najib Razak bekas PM6 yang dikritik hebat tahun 2022 kini telah bantu Sapura demi menyelamatkan pemegang saham ASB, pelaburan PNB dan juga vendor bumiputera adalah SANGAT BENAR!
Tiada salahnya Kerajaan MADANI mengambil cadangan yang baik untuk GLC seperti Sapura. Ia bukan seperti ‘bail-out’ Dr Mahathir hanya menyelamatkan anak-anaknya!