Syarikat dikuasai Sarawak yang sebelum ini sahamnya dimiliki Kerajaan Negeri Sarawak mengalami nasib seperti jatuh ditimpa tangga apabila bakal dibubarkan.
Pada 21 Disember 2023 Bursa Malaysia mendenda 10 pengarahnya RM355,200,000 hingga RM1.38 juta apabila melanggar enam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utamanya (LR Utama).
Terbaru Lembaga Pengarah Serba Dinamik Holdings Berhad yang dalam pembubaran memaklumkan, penjualan Menara Serba Dinamik di Seksyen 14, Shah Alam kepada APB Resources Bhd telah diselesaikan pada 4 April 2024.
Transaksi penjualan menara setinggi 16 tingkat itu diumumkan oleh Serba Dinamik dan APB dalam makluman berasingan di Bursa Malaysia hari ini.
Pada 12 Oktober tahun lalu, APB mengumumkan hasrat mengambil alih Menara Serba Dinamik bersama tanah pajakan berharga RM38 juta, tertakluk kepada kelulusan Mahkamah Tinggi.
“Pertimbangan pembelian RM38 juta itu diperoleh berdasarkan asas ‘seadanya-di mana ada’ selepas rundingan panjang lebar dan selepas mengambil kira nilai buku bersih dan nilai pasaran hartanah tersebut,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia.
APB Berhad, SCIB,dan Artroniq Bhd merupakan 3 syarikat yang lembaga pengarahnya saling kaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan dengan Serba Dinamik Holdings Berhad. Semua syarikat ini juga mempunyai kaitan dengan anak Premier Sarawak, Abang Abdillah Izzarim Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari bekas Pengerusi Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd.
Turut berkaitan ialah Minetech Resources Bhd yang kini Pengerusinya ialah Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari. Sebelum itu Pengerusi Minetech ialah Dato’ Awang Daud Bin Awang Putera yang juga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dalam syarikat bermasalah Serba Dinamik Holdings Berhad.
Oleh itu pembelian Menara Serba Dinamik oleh APB Berhad bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana syarikat Sarawak mahu mengekalkan aset mereka.
Menurut APB Bhd, pengambilalihan itu akan membolehkan kumpulan itu menggunakan hartanah itu untuk tujuan sendiri dan menjana pendapatan dengan menyewakannya
BACA
Mengapa saham syarikat terkait anak Premier Sarawak jatuh menjunam?
Anak Premier Sarawak letak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif SCIB
Saham jatuh mendadak, Bursa Malaysia gantung SCIB, JSB dan APB Resources